Akhirnya Punca SEBENAR Kehilangan Nasha Aziz Terbongkar! Peminat TERKEJUT Perubahan Wajahnya










KUALA LUMPUR: Lama tak muncul di kaca TV mahupun pada acara hiburan, peragawati bergelar pelakon dan kini ahli perniagaan sebenarnya masih ada kelibatnya. 

Kali terakhir Nasha Aziz muncul dalam projek seni sekitar Mei tahun lalu dalam pementasan Di Bawah Lindungan Kaabah karya novelis Hamka di Panggung Sari, Istana Budaya. 

Dalam tempoh setahun itu, Nasha sebenarnya bukan merajuk dengan dunia seni sebaliknya memberi perhatian kepada bidang perniagaan serta korporat yang diceburinya. 

"Saya masih macam dulu, selektif dalam memilih skrip dan watak. Ia perkara penting bagi saya. Namun tahun ini ada naskhah yang tak dapat saya penuhi permintaannya atas sebab-sebab tertentu," katanya ditemui BH Online.


Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17 itu turut ditanya mengenai imej baharunya. Nasha enggan mengulas lanjut, sebaliknya memilih untuk merendah diri. 

"Kalau dulu saya terikat dengan komitmen sebagai peragawati dan berlakon tapi sekarang saya lebih bebas dalam memilih apa yang saya mahu," katanya. 

Di akhir perbualan Nasha juga ditanya mengenai gosip dirinya dengan jejaka dari Asia Barat yang digambarkan masih muda dan kacak. Lelaki itu dikatakan intim dengannya. 

"Jujurnya saya kurang pasti cerita itu merujuk kepada siapa sebenarnya bagaimana pun saya tak menafikan selalu berurusan dengan ramai orang atas urusan kerja. Malah mereka juga adalah kawan kawan saya," katanya.


Akhirnya Punca SEBENAR Kehilangan Nasha Aziz Terbongkar! Peminat TERKEJUT Perubahan Wajahnya Akhirnya Punca SEBENAR Kehilangan Nasha Aziz Terbongkar! Peminat TERKEJUT Perubahan Wajahnya Reviewed by AAA on 09:45:00 Rating: 5
Powered by Blogger.