Masha Allah! Perhatian Semua! Serangga Baru Dikenali Mampu Makain Daging Manusia ! Ngeri! Serangga Dari Negara . . .


Masha Allah! Perhatian ! Serangga Baru Dikenali Mampu Makain Daging Manusia ! Serangga Dari Negara , . .
Gelinya Tengok!!


Ini bukannya efek khas dalam filem saintifik atau kisah seram. Ini bukannya cobaan. Ini betul-betul punya menakutkan sampaikan Nerdy bear jadi meremang bulu tengkuk. Telur ulat ni melekat atas bulu badan manusia dan selepas menetas akan tebuk dan korek kulit manusia. Dan ulat tu akan tinggal dalam daging manusia sambil makan isi-isi daging yang rosak sampai dia besar.


Memang menggerunkan, macam cerita alien.
Kalau nak baca lebih lanjut dan lihat gambar-gambar yang lain, korang boleh klik di bawah ni. AMARAN: Gambar-gambar dan video mungkin akan menggangu selera dan perasaan.


Ulat ni sebenarnya ialah larva sejenis lalat yang dipanggil botfly. Kebiasaannya lalat ni habitatnya di kawasan ladang lembu dan kuda. Lalat ni akan bertelur di kawasan badan yang berbulu seperti rambut, tangan kebanyakan lelaki. Sebaik sahaja menetas, larva botfly akan menggali masuk ke bahagian bawah kulit berdaging dan mengikis isi daging sebagai makanan sehinggalah ia jadi kepompong. Sebaik sahaja jadi kepompong, ia akan keluar dengan sendirinya daripada isi mangsanya. Boleh dikatakan larva botfly ni parasit la gitu.

Foto: Lyle Buss, University of Florida.

Foto: Lyle Buss, University of Florida.

Seorang ahli taksonomi serangga, Chris Carton, memberitahu dia pernah diserang botfly di bahagian kepala sewaktu lawatannya ke Amerika Tengah. Pada mulanya dia tidak sedar kepalanya dah ada menatang ni. Katanya kulit kepalanya akan sakit setiap 15-20 minit. Sedang dia keruk keruk kepala, dia dapat rasakan ada bendasing tertanam di kulit kepalanya. Geram punya geram, dia paksa tarik keluar dan rasanya memang sakit la oiii. Menurut Chris, rasanya seperti ada kulit dan isi kepala yang tertarik keluar.

Larva botfly yang ditarik keluar daripada kulit kepala seorang pakar
taksonomi serangga, Chris Carlton. Foto: Lyle Buss, University of Florida

Mengapa Chris merasa sakit sewatu menarik larva ni keluar? Sebab di bahagian bawah badan larva ni ada duri duri halus yang mencengkam isi daging dengan erat sekali.

Nerdy Bear pun tak tahu macam mana nak terangkan cara-cara nak keluarkan binatang ni daripada badan kita. Kat sini ada diletakkan video bagaimana seorang lelaki ni terkena serangan botfly (lebih daripada seekor ye...) dan usaha-usaha dia dan kawan-kawan untuk mengeluarkan larva-larva tu.



Bawah ni pulak video proses pengeluaran botfly daripada badan 10 pesakit. Semuanya insanely gross! Bukan untuk yang penggeli dan penakut. (Video mungkin ada penggunaan bahasa-bahasa yang tidak sesuai untuk kanak-kanak)

Selamat menjamu selera! Hahaha...


Masha Allah! Perhatian Semua! Serangga Baru Dikenali Mampu Makain Daging Manusia ! Ngeri! Serangga Dari Negara . . . Masha Allah! Perhatian Semua! Serangga Baru Dikenali Mampu Makain Daging Manusia ! Ngeri! Serangga Dari Negara . . . Reviewed by AAA on 06:31:00 Rating: 5
Powered by Blogger.