“Saya Tidak Akan PADAM Gambar Saya Jelir Lidah Di Tanah Suci Mekah” Inilah Komen Sharifah Sakinah Tentang Gambarnya Dikritik Peminat !!!




"Saya Tidak Akan PADAM Gambar Saya Jelir Lidah Di Tanah Suci Mekah" Inilah Komen Sharifah Sakinah Tentang Gambarnya Dikritik Peminat !!!




“Saya Tidak Akan PADAM Gambar Saya Jelir Lidah Di Tanah Suci Mekah” Inilah Komen Sharifah Sakinah Tentang Gambarnya Dikritik Peminat !!!KUALA LUMPUR, 21 Feb ― Gambarnya menjelirkan lidah di tanah suci Mekah, yang dirakam suaminya semasa berselfie, mendapat kritikan pengguna sosial.
Untitled
Namun pelakon Sharifah Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 27, bertegas tidak akan memadamkan gambar yang dimuatkan di akaun Instagram miliknya lima hari lalu.
“Saya tidak akan padam gambar berkenaan kerana ia hanya menunjukkan saya seolah-olah melakukan kesalahan,” katanya seperti dipetik Harian Metro hari ini.
Pelakon “Girlfriend Aku Dari Neraka” itu bagaimanapun meminta maaf jika gambarnya, ketika berjalan di belakang Aliff Adha, menyebabkan perbalahan panjang di laman sosial.
Pasangan itu berada di tanah suci pada 1 hingga 15 Februari lalu.
Ramai pengguna sosial menganggap perbuatan itu tidak sopan tetapi Sharifah Sakinah berkata isu itu tidak perlu diambil serius kerana ia berlaku secara spontan.
“Ia langsung tidak menimbulkan isu kerana orang yang mengenali diri saya tahu saya seorang yang spontan.
“Ada yang memberi komen bahawa saya perlu mengubah diri saya ke arah yang lebih baik sejurus pulang daripada menunaikan umrah, tetapi saya tidak sesekali menyalahkan mereka yang membenci kerana masing-masing ada pendapat,” katanya.
Walaupun begitu, ramai juga peminat beliau yang mempertahankan gelagat pelakon tersebut.
Sharifah Sakinah membesar dalam keluarga seni. Kakak-kakaknya Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah terlebih dulu menceburi bidang lakonan dan pengacaraan televisyen.
Kredit : The Malay Mail Online
“Saya Tidak Akan PADAM Gambar Saya Jelir Lidah Di Tanah Suci Mekah” Inilah Komen Sharifah Sakinah Tentang Gambarnya Dikritik Peminat !!! “Saya Tidak Akan PADAM Gambar Saya Jelir Lidah Di Tanah Suci Mekah” Inilah Komen Sharifah Sakinah Tentang Gambarnya Dikritik Peminat !!! Reviewed by Huzairi h2m on 05:14:00 Rating: 5
Powered by Blogger.